Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pemenang promosi Baiduri dirai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Sampul surat pilihan pertama Chin Shyh Khong membawa tuah baginya apabila membawa pulang hadiah utama berupa baucar membeli-belah bernilai $2,000 dalam Promosi Shop for your Ramadan and Raya essentials pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ibu Pejabat Bank Baiduri, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang promosi berkenaan ialah Ketua Perniagaan Kad, Bank Baiduri, Davern Lim dan bagi pihak First Emporium ialah Pengarah Urusan, Lim Kian Seng.

    Pada majlis itu, hadiah utama disampaikan oleh Davern Lim, manakala, hadiah kedua berupa baucar beli-belah $1,500 yang dimenangi oleh Yeo Eng Chew dan hadiah ketiga berupa baucar membeli-belah bernilai $1,000 yang dimenangi oleh Wong Siew Moi, telah disampaikan oleh Lim Kian Seng.

    Sementara itu, dua hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $500 dimenangi oleh Lim Hui Ngo dan Chong Wee Ho serta 15 pemenang bertuah lain membawa pulang baucar $200.

    Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong ketika mengulas mengenai promosi itu berkata bahawa pihaknya amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi pedagang mereka untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan semasa persiapan Hari Raya.

    Beliau menambah promosi seumpama itu adalah selaras dengan komitmen Bank Baiduri untuk menyokong perniagaan tempatan.

    Promosi itu adalah kolaborasi antara Bank Baiduri dan First Emporium & Supermarket Batu Satu, di mana antara 3 April hingga 3 Mei lalu, para pelanggan yang berbelanja pada jumlah minimum dalam satu resit di First Emporium & Supermarket Batu Satu dengan kad kredit dan debit secara automatik berpeluang memenangi hadiah baucar membeli-belah bernilai sehingga $2,000.

    Davern Lim dan Lim Kian Seng bergambar ramai bersama para pemenang bertuah pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...