Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tasha Manshahar kurangkan gajet, elak anak lambat bercakap

    Berkongsi perkembangan anak, penyanyi Tasha Manshahar berkata putera sulungnya Muammar Rafiqi pernah mengalami masalah percakapan ‘speech delay’ ketika di usia setahun enam bulan.

    Mengakui bimbang dengan perkara tersebut, Tasha atau Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, berkata anak lelakinya itu tidak boleh menyebut perkataan bermakna seperti mama dan susu.

    “Ada ketika, saya sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikut panduan, Muammar kira lambat juga bercakap.

    “Pernah masa pergi buat pemeriksaan di usianya setahun enam bulan, doktor tanya perkataan apa saja dia dah sebut. Saya kata, tidak ada. Sebab memang tak ada. Dia buat bunyi, tapi tak ada perkataan bermakna.

    “Apa maksud perkataan bermakna? Contoh anak sebut ‘mama’ dan mama tu memang dia tujukan untuk ibu dia. Bukan semua benda mamamamamama. Itu tidak dikira perkataan bermakna.

    “Contoh lain, susu. Contoh dia sebut ‘shu’ walaupun pelat, tapi dia sebut bila dia nak susu. Dan kita faham perkataan ’shu’ tu dia maksudkan susu. Tu dikira perkataan bermakna”, katanya.

    Tasha dedah anaknya, Muammar pernah alami masalah percakapan lambat. – Agensi

    Berkongsi lebih lanjut menurut Tasha, dia pernah pertimbangkan nasihat doktor untuk membawa anaknya itu bertemu dengan pakar terapi.

    “Secara umum, setahun enam bulan anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna. Tapi Muammar langsung tidak sebut perkataan-perkataan itu. Lagi pula doktor tanya kalau kami nak dia buatkan surat rujukan ahli terapi.

    “Sebagai ibu kali pertama, tipulah kalau tidak risau. Tetapi pada masa yang sama, tidak adil untuk Muammar kalau saya menafikannya, bagi saya, jika kita betul sayang anak kita, kita patut bagi peluang untuk dia dapatkan bantuan kalau dia memang perlukan. Itu hak dia,” ujarnya.

    Bagaimanapun selepas berbincang dengan suaminya yang juga penyanyi Raqib Majib, mereka mengambil keputusan untuk melihat keadaan Muammar sehingga mencecah dua tahun.

    Mengambil langkah dengan mengurangkan penggunaan gajet dan lebihkan berkomunikasi, penyanyi berusia 29 tahun ini meluahkan rasa syukur apabila anaknya akhirnya boleh menyebut dan menggabungkan beberapa perkataan.

    “Jadi saya berbincang dengan Raqib, kemudian kami ambil keputusan untuk bagi masa sampai dia dua tahun. Jadi dalam tempoh ini, kami kurangkan gajet dan banyakkan berkomunikasi dengan dia.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...