Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pendaftaran pelajar baharu LCB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) mula menerima pelajar-pelajar baharu bagi pengambilan Februari dan Mac tahun ini dengan acara Explore LCB yang berlangsung di Kampus LCB dan Sekolah Kulinari.

    Acara yang dibuka untuk kunjungan pelajar dan orang ramai itu antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat dan mengetahui kemudahan yang terdapat di kolej berkenaan.

    Di samping itu, ia menyediakan peluang untuk usahawan muda yang bercita-cita menjadi sebahagian daripada Pusat Inkubasi LCB selain mewujudkan persekitaran untuk ibu bapa bertemu tutor dan ketua program serta berbincang dan merangka laluan pembelajaran untuk pelajar.

    Selain itu, untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai kemahiran pembangunan akademik serta peribadi untuk persekitaran kerja.

    Semasa acara itu, pelbagai aktiviti juga disediakan supaya pelajar yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di kolej ini dapat merasakan keunikan dan keistimewaan kolej berkenaan.

    Selain menghadiri sesi konsultasi dengan pensyarah-pensyarah kolej berkenaan, beberapa aktiviti sampingan bagi memeriahkan lagi acara tersebut termasuk menyaksikan pertunjukan pembuatan pasta dan tunjuk cara menghias kek yang dikendalikan oleh Sekolah Kulinari dan lainnya.

    Pelajar bersama ibu bapa mendapatkan konsultasi daripada pensyarah LCB.
    Para pelajar berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai pengajian yang ditawarkan menerusi pameran yang diadakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...