Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lindsay Lohan sudah tempah baju pengantin

    Pelakon Lindsay Lohan memberitahu dia kini sudah melakukan beberapa persiapan menjelang majlis perkahwinannya tidak lama lagi.

    Memetik laporan Hollywoodlife, Lindsay berkata dia sudah menempah beberapa pasangan gaun yang akan dipakai pada hari bahagianya itu.

    “Saya sudah berbincang dengan kawan saya mengenai gaun… mungkin beberapa pasang gaun,” katanya.

    Sebelum ini, pelakon The Freaky Friday itu mendedahkan sudah bertunang dengan Bader Shammas pada 28 November tahun lalu.

    Dalam pada itu, biarpun majlis perkahwinan akan berlangsung tidak lama lagi namun Lindsay sentiasa dilihat tenang.

    “Saya bukan seorang yang kelam kabut. Macam di hari lahir saya, saya mahu pastikan semua orang dalam keadaan baik. Kemudian, barulah saya okay.

    “Saya mahu semua perkara dalam keadaan betul dan mengikut susunan yang ditetapkan,” ujarnya. – Agensi

    Lindsay berkata dia sudah menempah beberapa pasangan gaun yang akan dipakai pada hari perkahwinannya itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...