Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pendaftaran SMS keputusan Peperiksaan PCKSA mula dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1442H / 2021M melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) akan mula dibukakan pukul 10 pagi esok.

    Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit di mana pendaftaran adalah percuma.

    Menurut KHEU, pendaftaran boleh dibuat melalui perkhidmatan SMS dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) nombor pusat peperiksaan (jarak) nombor indeks calon dan hantar ke nombor 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif. Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS.

    Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelanggan akan dikenakan bayaran $1 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima.

    Sehubungan dengan itu, para pelanggan diingatkan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn Bhd melalui e-mel kheuresults@machbrunei.com.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...