Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pendaki meninggal dunia di puncak Everest

    KATHMANDU, 15 APRIL – Seorang pendaki Nepal yang berjaya menakluki Gunung Everest beberapa kali telah meninggal dunia di puncak Everest, menurut penganjur ekspedisi hari ini, kematian pertama di gunung tertinggi dunia pada musim pendakian ini.

    Ngimi Tenji Sherpa, 38, ditemui meninggal dunia awal kelmarin di laluan berhampiran kawasan dikenali ‘padang bola sepak’, kawasan yang agak selamat di Khumbu Icefall yang berbahaya.

    “Mayatnya telah dibawa turun. Tiada berlaku sebarang kemalangan, dan pemeriksaan awal kesihatan menunjukkan dia mengalami penyakit altitud tinggi,” kata Pasang Tsering Sherpa dari Beyul Adventures, rakan tempatan bagi syarikat ekspedisi berpangkalan di Amerika Syarikat, International Mountian Guides (IMG).

    Sherpa membawa peralatan semasa mendaki ke Camp 2 dan ditemui dalam keadaan duduk, masih memakai beg galasnya. – AFP

    Tapak perkhemahan di pangkalan di Gunung Everest. Seorang pendaki Nepal disahkan meninggal dunia di puncak Gunung Everest. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...