Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penduduk kumpulan B40 terima faedah mygrocer@wilayah

    LABUAN, 27 JULAI – Seramai 19,000 penduduk dari kumpulan B40 di pulau bebas cukai di sini layak menerima faedah Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah 2022 yang dilaksanakan menerusi inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan (PL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

    Pengerusi PL Senator Datuk Bashir Alias berkata program ini bertujuan membolehkan kumpulan B40 berkenaan berbelanja pada harga yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan bagi pembelian ayam dan telur ayam.

    Beliau berkata setiap penerima manfaat subsidi ini mewakili satu keluarga, yang akan diberikan kupon untuk membeli ayam segar pada harga subsidi RM3 dah telur ayam sekurang-kurangnya 10 biji pada harga subsidi 50 sen, di 18 kedai rakan strategik serta peniaga ayam di Pasar Sentral UTC.

    Menurutnya kesemua mereka akan menikmati faedah ini selama enam bulan melibatkan peruntukan berjumlah RM399,000.

    “Kerajaan prihatin kepada rintihan rakyat dibebani ketidaktentuan harga barangan keperluan. Oleh yang demikian program ini adalah bertepatan sekurang-kurangnya dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kewangan mereka,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

    Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias (dua, kiri) pada pelancaran Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah 2022 di Pasar Sentral kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...