Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pengambilan vaksin HPV wajar tiga kali seumur hidup – pakar

    SHAH ALAM, 13 MAC – Suntikan vaksin virus papilloma manusia (HPV) bagi mencegah kanser pangkal rahim wajar diambil sebanyak tiga kali seumur hidup mengikut urutan dalam tempoh setahun bagi mengawal kanser ketiga utama yang dihadapi golongan wanita di Malaysia.

    Pakar Perunding Gine-Onkologi Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena (AWCSH) Dr Raja Arif Shah Raja Ismail berkata vaksin yang diperkenalkan pada 2010 oleh kerajaan kepada pelajar sekolah berusia 13 tahun merupakan satu daripada kaedah menurunkan kanser pangkal rahim kadar hingga 70 peratus sekiranya kesemua wanita mengambil suntikan tersebut.

    “Kita mampu menurunkan kadar kanser pangkal rahim 60 ke 70 peratus sekiranya kita berjaya mempromosikan pengambilan vaksin HPV kepada semua wanita.

    “Kaedah pencegahan dengan pengambilan vaksin ini kita sudah lihat berkesanannya dan penting seperti pengawalan COVID-19 iaitu kini kita mula dapat kembali dengan cara hidup sebelum ini walaupun dalam norma baharu.” – Bernama

    Pakar Perunding Gine-Onkologi Hospital Pakar Wanita dan Kanak-Kanak Avisena Dr Raja Arif Shah Raja Ismail semasa sesi bual bicara Piknik Dhuha yang bertajuk “Cervical Cancer dan Human Papillomavirus (HPV)” di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...