Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pengawalan COVID-19 diberi keutamaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Dengan peningkatan kes jangkitan yang berlaku kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan akan memberikan fokus dan melihat pesakit yang berada dalam kategori 4 dan 5.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menekankan perkara itu ketika mengulas persoalan mengenai kemungkinan kerajaan mengembalikan sekatan-sekatan pergerakan lebih ketat berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.

    “Kecuali jika kategori 4 dan 5 makin meningkat dan mengakibatkan kesan kepada penjagaan kesihatan, ia mungkin akan difikirkan semula, bagaimana untuk mengawalnya tapi setakat ini tiada rancangan atau sebagainya,” tambah beliau semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya mengingatkan, apa yang penting semasa Fasa Awal Endemik atau dalam gelombang ketiga ini, orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard dan mengambil dos penggalak bagi yang belum mendapatkannya dan yang belum bervaksin disarankan untuk mendapatkan secepatnya.

    Sekatan-sekatan pergerakan kembali dipersoalkan selepas peningkatan dalam kes jangkitan tempatan yang berlaku sejak kebelakangan ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...