Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pengiran Hasswandy juara pertandingan beyblade

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Pasangan suami isteri dari Pasukan Underground Beys (UG), Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar dan isteri beliau, Dayang Norhayati binti Abdul Latip dinobatkan sebagai juara dan naib juara dalam pertandingan beyblade Battle of Judgement yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    Pertandingan dianjurkan oleh DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam dan diadakan di Teratak DBos Beys di Kampung Mengkubau, Mentiri. Kira-kira 26 orang peserta dari pasukan-pasukan beyblade di negara ini seperti Santai Aja Bladers (SA), Ghostbeys (GB), UG dan Jaksuha Bladers (JB) menyertai pertandingan tersebut.

    Pada aksi perlawanan peringkat separuh akhir, Pengiran Hasswandy berjaya menewaskan Mohd Daniyel Hakeem bin Haji Lamit dari Pasukan GB dengan kiraan mata 3-2. Sementara itu, Dayang Norhayati berjaya mengalahkan Awang Jukarnain bin Haji Husin dari Pasukan SA sekali gus mara ke peringkat akhir.

    Manakala perlawanan bagi menentukan tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Daniyel Hakeem setelah berjaya menewaskan Awang Jurkarnain dengan kiraan mata 5-3.

    Sementara itu, hadiah sagu hati masing-masing dimenangi oleh Sharizam Hanis bin Haji Sharbini dari JB, Muhammad Adam Rafiqin bin Rozaimi dan Abdul Muiz bin Haji Hamidon dari SA serta Massuny bin Haji Mohid dari UG.

    Pengiran Hasswandy (kanan) dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan beyblade Battle of Judgement pada Ahad lalu. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...