Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pengurus Besar McDonald’s Brunei terima anugerah berprestij dari PBSM Brunei

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Kualiti kepimpinan Pengurus Besar McDonald’s Brunei, Awang Al-Fatah bin Haji Seruji mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Henry Dunant Emerging Young Leaders yang berprestij daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam.

    Majlis penyampaian anugerah berkenaan telah diadakan di Bilik Big Mac, Cawangan McDonald’s Gadong, hari ini.

    Hadir bagi menyerahkan anugerah tersebut ialah Presiden PBSM Brunei Darussalam, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yusoff bin Pengiran Haji Bahar.

    Menurut kenyataan McDonald’s Brunei, anugerah berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan kualiti kepimpinan luar biasa sambil membuat sumbangan penting kepada pembangunan dan kejayaan penglibatan kemanusiaan.

    Komitmen tidak berbelah bahagi Awang Al-Fatah terhadap khidmat masyarakat dan dedikasi untuk mencipta perubahan positif membuatkannya layak menerima anugerah berkenaan.

    Pengurus Besar McDonald’s Brunei yang menerima anugerah bagi pihak McDonald’s
    Brunei semasa ditemui menyatakan bahawa beliau berasa cukup berbesar hati dan merasa rendah diri kerana menerimanya bagi pihak McDonald’s Brunei dan menjelaskan bahawa anugerah berkenaan merupakan bukti dedikasi dan kerja keras seluruh pasukannya.

    “Di McDonald’s, kami amat menghargai perkongsian dengan PBSM Brunei. Bersama-sama, kita telah dapat membuat perubahan yang bermakna dalam kehidupan individu dan masyarakat. Ia adalah usaha kolektif, dan kami berterima kasih atas pengiktirafan komitmen kami untuk tujuan kemanusiaan,” tambah beliau.

    Menurut McDonald’s Brunei, kerjasamanya dengan PBSM Brunei telah memainkan peranan penting dalam menangani keperluan masyarakat.

    McDonald’s Brunei sangat menghargai perkongsiannya dengan PBSM, yang melangkaui pengedaran makanan.

    Presiden PBSM Brunei semasa menyampaikan anugerah kepada Pengurus Besar McDonald’s Brunei.
    Gambar ramai pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...