Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Penilaian jantung untuk atlet sukan berintensiti tinggi

    KUALA LUMPUR, 9 MAC – Beberapa isu berkaitan jantung dalam kalangan atlet profesional  dan kesan pasca COVID-19 sudah pasti membimbangkan Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum penganjuran pelbagai acara sukan pada tahun ini.

    Sehubungan itu, atlet kebangsaan yang bersiap sedia ke Sukan SEA Hanoi dari 12 hingga 23 Mei, Sukan Komanwal Birmingham (28 Julai hingga 8 Ogos) dan Sukan Asia Hangzhou (10 hingga 25 Sept), perlu menjalani penilaian kardiovaskular terutama bagi sukan berintensiti tinggi.

    Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Dr SS Cheema berkata pihaknya telah membincangkan perkara itu dengan terperinci iaitu syarat minimum bagi sukan berintensiti tinggi seperti bola sepak, hoki, badminton dan skuasy ialah atlet sekurang-kurangnya perlu menjalani penilaian jantung.

    Beliau berkata MOM dan Institut Sukan Negara (ISN) akan menjalin kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan diskaun sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat IJN. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...