Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Penunggang motosikal maut

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Seorang lelaki berusia 23 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di kawasan Kampung Mulaut, Daerah Brunei dan Muara, pada 5 Julai lalu.

    Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan melaporkan bahawa Balai Polis Sengkurong telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan sekitar pukul 10:30 malam dan segera mengerahkan anggota ke tempat kejadian.

    Hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan warga tempatan dipercayai telah bertembung dengan sebuah kereta yang hendak memasuki persimpangan jalan. Mangsa didapati terbaring tidak sedarkan diri di tempat kejadian dan telah disahkan meninggal dunia oleh ahli paramedik bertugas.

    Manakala itu, pemandu kenderaan telah dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan lanjut. Pada ketika ini pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca kejadian sebenar.

    Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit dalam kemalangan baru-baru ini. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...