Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penutupan pusat vaksinasi COVID

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Pusat Vaksinasi COVID-19 di Pusat Kesihatan Berakas akan ditutup sepenuhnya bermula 1 April dan orang ramai yang mahu mendapatkan suntikan COVID-19 boleh menghadirkan diri ke pusat-pusat kesihatan di kawasan tadahan masing-masing atau membuat perjanjian melalui aplikasi BruHealth.

    Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun, mereka akan diberikan perjanjian melalui Klinik Kesihatan Anak (Child Health Clinic) masing-masing.

    Pengumuman penutupan pusat vaksinasi berkenaan dibuat oleh Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Kementerian Kesihatan juga menyatakan bahawa untuk makluman bersama, jarak antara dos kedua atau ketiga dan dos penggalak vaksinasi COVID-19 adalah enam bulan. Bagi individu yang telah mendapat jangkitan COVID-19, dos penggalak hanya diberikan enam bulan dari tarikh disahkan positif.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau melalui media sosial @mohbrunei atau menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...