Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Penyakit mulut jejas separuh populasi dunia

    GENEVA, 17 NOV – Gigi reput, gusi bengkak dan kanser mulut: hampir separuh daripada populasi dunia menderita daripada penyakit mulut, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

    Laporan terbaharu menekankan jurang ketidaksamaan yang besar dalam akses mendapatkan perkhidmatan kesihatan mulut, berkata ia menjejaskan golongan paling mudah terdedah dan populasi yang terabai.

    “Kesihatan mulut telah lama tidak diberi tumpuan dalam kesihatan global,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menegaskan ‘kebanyakan penyakit mulut boleh dicegah dan dirawat dengan langkah kos efektif.’

    Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu mendapati 45 peratus daripada populasi dunia, atau sekitar 3.5 bilion orang, sedang bergelut dengan gigi reput, penyakit gusi dan penyakit mulut lain.

    Laporan itu, gambaran komprehensif pertama mengenai situasi yang dihadapi oleh 194 buah negara, mendapati kes global telah meningkat sebanyak satu bilion dalam tempoh 30 tahun lalu.

    WHO berkata ia ‘memberikan petanda jelas bahawa ramai orang tidak mempunyai akses kepada langkah pencegahan dan rawatan penyakit mulut.’

    Penyakit mulut paling umum adalah karies gigi, atau gigi reput, penyakit gusi serius, kehilangan gigi dan kanser mulut.

    Karies gigi menjejaskan kira-kira 2.5 bilion orang di seluruh dunia, manakala penyakit gusi serius, punca kehilangan gigi, dianggarkan menjejaskan satu bilion orang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...