Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Penyampai wanita kembali pakai burka semasa ke udara

    KABUL, 22 MEI – Penyampai wanita di saluran terkemuka Afghanistan hari ini bersiaran dengan menutup wajahnya, sehari selepas mengingkari arahan Taliban untuk menutup wajah mereka di televisyen.

    Sejak kembali berkuasa tahun lalu, Taliban mengenakan sekatan keras ke atas masyarakat awam, terutama mengekang hak wanita dan kanak-kanak perempuan untuk mematuhi Islam seperti yang ditekankan sebelum ini.

    Awal bulan ini, pemimpin agung Afghanistan, Hibatullah Akhundzada mengeluarkan perintah kepada wanita agar menutup penampilan secara penuh di tempat awam, termasuk muka dengan memakai burqa.

    Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat memerintahkan penyampai televisyen wanita untuk mengikut arahan itu bermula semalam.

    Tetapi penyampai wanita mengingkari arahan dan bersiaran dengan menunjukkan wajah mereka. Namun hari ini mereka mengikut arahan tersebut.

    Penyampai wanita memakai hijab penuh dan menutup muka dan hanya kelihatan dua mata mereka, ketika penyampai-penyampai dan wartawan wanita bersiaran pagi ini di seluruh saluran seperti TOLOnews, Ariana Television, Shamshad TV dan 1TV.

    “Kami menentang dan membantah pemakaian penutup muka,” kata Sonia Niazi, seorang penyampai dari TOLOnews kepada AFP. “Namun TOLOnews didesak dan diberitahu bahawa mana-mana penyampai wanita yang tampil di televisyen tanpa menutup muka mesti diberikan tugasan lain atau dibuang kerja,” katanya. – AF

    Seorang penyampai wanita dari TOLOnews menutup wajahnya semasa bersiaran di televisyen di Kabul. Penyampai wanita kembali menutup wajah mereka selepas sehari mengingkari arahan Taliban. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...