Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Penyatuan talian kecemasan kini dalam penilaian

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) sedang menilai penyatuan talian-talian kecemasan dan perkembangan mengenai tahap-tahap pencapaian penilaian itu nanti akan dikongsi bersama orang ramai.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, menekankan perkara itu ketika menjawab cadangan dikemukakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

    Cadangan itu adalah penubuhan satu nombor kecemasan pusat (centralised hotline number) untuk talian-talian kecemasan bagi kegunaan orang awam sekali gus mengurangkan masa menghubungi talian kecemasan secara satu-persatu.

    Selain itu, program integrasi perkhidmatan EMAS bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat turut diketengahkan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy pada hari keempat permesyuaratan MMN yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Yang Berhormat Pehin ketika menjelaskan mengenai program itu berkata, ia bermula pada 2017 dan ia masih lagi berjalan di mana ia menggabungkan perkhidmatan ambulans di balai-balai bomba.

    Beliau menjelaskan bahawa terdapat 25 buah balai bomba di seluruh negara yang diletak perkhidmatan ambulans, di mana jika berlaku panggilan kecemasan seperti kemalangan jalan raya, kedua-dua perkhidmatan iaitu bomba dan penyelamat serta ambulans akan bersama-sama bergerak menuju ke tempat kejadian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...