Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Penyelenggaraan Loji Rawatan Air Layong dijalankan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai bahawa kerja-kerja penggantian injap (valve) berukuran 400mm pada pam air bersih di Loji Rawatan Air Layong, Tutong akan mula dilaksanakan pada pukul 9 malam ini sehingga kerja-kerja selesai.

    Sehubungan itu, JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa beberapa kawasan termasuk Kampung Binturan, kawasan Tutong Kem, seluruh Pekan Tutong, Kampung Penanjong hingga Kampung Keriam, Kampung Serambangun, Kampung Bukit Beruang, Kampung Telisai dan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi).

    JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    Selain itu, pihak jabatan juga mengambil kesempatan untuk memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki air atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    Sebarang kesulitan adalah dikesali dan pihak jabatan berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...