Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Penyeludup dadah guna helikopter ditahan polis

    MADRID, 9 JAN – Polis Sepanyol berkata hari ini mereka telah membongkar kumpulan pengedaran dadah yang didakwa membawa ganja dari Maghribi ke selatan Sepanyol dengan helikopter dan kemudian mengangkutnya ke Perancis melalui jalan raya.

    Guardia Civil dalam satu kenyataan berkata ia merampas 2.4 tan metrik dan 112 kilogram ganja dalam operasi itu, serta tiga helikopter, senjata api dan peluru.

    Pegawai menahan 11 orang dan sembilan lagi sedang dicari di Perancis, menurut kenyataan tersebut.

    Selepas diterbangkan dengan helikopter merentasi Laut Mediterranean dari Maghribi ke Sepanyol, yang berjarak kira-kira 15 kilometer pada titik terdekat, dadah itu disembunyikan dalam trak dan bas persiaran dengan plat nombor palsu untuk perjalanan ke utara ke Perancis. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...