Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Peralihan monsun: Komuniti maritim Sabah dinasihatkan berwaspada

    KOTA KINABALU, 7 OKT – Komuniti maritim khususnya di Sabah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada berikutan negara sedang dalam fasa peralihan monsun, kata Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.

    Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kini berada dalam fasa tersebut bermula 3 Okt lepas hingga November menyebabkan kejadian hujan serta ribut petir yang lebih kerap terutamanya di kawasan timur Sabah.

    Beliau berkata ini disusuli dengan Monsun Timur Laut yang akan bermula November ini dan dijangka berakhir pada Mac tahun depan menyebabkan air pasang besar serta laut bergelora.

    “Kawasan timur Sabah merupakan antara kawasan yang dijangka bakal terkesan dengan keadaan tersebut. Berdasarkan ramalan kaji cuaca mendapati seluruh bahagian di Sabah dijangka menerima taburan hujan pada paras purata.

    “Ini kecuali di Kudat dan Sandakan, taburan hujan akan sedikit melebihi paras purata pada November dan Disember ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Orang ramai meredah hujan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...