Monday, April 29, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Perbicaraan kes 1MDB ditangguhkan

    KUALA LUMPUR, 30 JAN – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan itu setelah permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib susulan kematian mengejut Datuk Seri Gopal Sri Ram semalam, ‘figura umpama seorang bapa kepada pasukan pendakwaan kes 1MDB’.

    “Yang Arif, Sri Ram adalah bos dan ketua pasukan kami dan mendiang seperti bapa kepada kami semua. Hari ini dijadualkan bagi menyambung perbicaraan. Tetapi memandangkan kematian mengejut mendiang (Sri Ram), kami merayu penangguhan selama dua hari,” katanya.

    Beliau memohon penangguhan pada hari ini dan esok bagi membahagikan semula beban tugas kes tersebut dan menghadiri majlis pengebumian Sri Ram, esok.

    “Majlis penghormatan bagi bukan ahli keluarga akan berlangsung di Nirvana 2 Kuala Lumpur antara 8 pagi hingga 1 tengah hari dan jasad mendiang kemudiannya akan disemadikan di Nirvana Memorial Park Shah Alam,” kata Ahmad Akram. Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah permohonan penangguhan tersebut. – Bernama

    Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kelmarin bagi sambungan prosiding perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...