Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perbicaraan kes guna kekerasan terhadap polis ditetapkan 17-19 Okt

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Mahkamah Majistret menetapkan tarikh 17 hingga 19 Oktober depan untuk perbicaraan kes seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya.

    Mohammad Amiruddin bin Awang Mohd Jafar sebelum ini menafikan dakwaan terhadapnya menggunakan kekerasan jenayah dengan menolak seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya pada 9 Disember 2020 di sekitar kawasan antara Pos Polis Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dan Bangunan Maya Puri di ibu negara.

    Pertuduhan terhadap defendan berkenaan membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda.

    Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof melanjutkan ikat jamin defendan.

    Sementara itu, Pendakwa Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli mewakili pendakwa raya dalam kes tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...