Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perbicaraan rasuah Suu Kyi diteruskan

    BANGKOK, 24 MEI – Sebuah mahkamah di Myanmar hari ini memutuskan bahawa perbicaraan rasuah ke atas Aung San Suu Kyi dan tiga rakan politik akan diteruskan selepas mendapati bahawa pihak pendakwa memberikan bukti yang mencukupi bagi pendakwaan mereka.

    Suu Kyi, yang disingkirkan daripada tampuk kepinpinan apabila tentera merampas kuasa tahun lalu, telah didakwa bagi 11 kesalahan di bawah Akta Anti Rasuah dengan setiap kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda.

    Kes-kes rasuah adalah antara jumlah besar tuduhan yang dikemukakan oleh tentera terhadapnya. Jika didapati bersalah bagi semua dakwaan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara lebih 100 tahun.

    Seorang pegawai perundangan yang dekat dengan kes-kes Suu Kyi berkata, pemimpin yang disingkirkan itu dan defendan-defendan bersamanya secara rasmi didakwa hari ini atas empat kesalahan rasuah bagi dakwaan membina sebuah kediaman dengan wang daripada sumbangan amal dan memberikan permit untuk menyewa tanah pada harga rendah daripada pasaran bagi sebuah yayasan yang dinamakan sempena ibunya. – AP

    Gambar fail menunjukkan Aung San Suu Kyi menyertai sidang kemuncak ASEAN-PBB di Nonthaburi, Thailand, pada 3 November 2019. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...