Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Percubaan melancarkan satelit perisik gagal

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara berkata percubaannya untuk meletakkan satelit pengintip pertama negara itu ke orbit gagal pada hari ini, jelas memalukan pemimpin Kim Jong Un berhubung usahanya untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya dalam ketegangan keselamatan yang berlarutan dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

    Kenyataan yang disiarkan dalam media kerajaan berkata roket yang membawa satelit itu terhempas ke dalam perairan di luar pantai barat Semenanjung Korea selepas ia kehilangan tujahan berikutan pemisahan peringkat pertama dan kedua. Ia berkata saintis sedang meneliti punca kegagalan itu.

    Roket itu dilancarkan kira-kira 6:30 pagi dari kawasan barat laut Tongchang-ri, di mana terletaknya pusat pelancaran angkasa lepas utama Korea Utara, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan.

    Tentera Korea Selatan berkata roket itu mempunyai ‘penerbangan yang tidak normal’ sebelum ia jatuh di perairan. Ia juga berkata ia meningkatkan kesediaan ketenteraannya dengan koordinasi rapat dengan Amerika Syarikat.

    Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno memberitahu pemberita bahawa tiada objek dipercayai telah sampai ke angkasa lepas. – AP

    Skrin TV menunjukkan gambar pelancaran roket Korea Utara semasa program berita di Stesen Kereta Api Seoul di Seoul, Korea Selatan, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...