Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Perkhemahan pupuk semangat berpasukan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Bagi memupuk semangat kerja berpasukan dan meningkatkan keyakinan diri, Pasukan Pengakap Tunas 1091, Sekolah Fairview telah mengadakan aktiviti perkhemahan di Tapak Perkhemahan, Hutan Simpan Berakas, baru-baru ini.

    Perkhemahan sehari itu bertujuan untuk mendedahkan ahli-ahli pengakap tunas kepada aktiviti-aktiviti pengakap, semangat kerjasama enam sekawan dan suasana perkhemahan di dalam hutan.

    Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang perkhemahan tersebut antaranya mempelajari mengenai ikatan,isyarat sulit pengakap, permainan Kim’s (deria pancaindera), kraf tangan membuat woggle, serta mengenal jejak binatang, flora dan fauna.

    Perkhemahan berkenaan telah disertai oleh seramai 25 orang ahli Pengakap Tunas 1091 Sekolah Fairview, lapan orang guru pengawas dan empat orang skip dari Persekutuan
    Pengakap Negara Brunei Darussalam berserta beberapa orang ibu bapa yang turut serta. Ia dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

    Dengan adanya aktiviti seumpamanya, ia diharap akan dapat menambah pengetahuan, pengalaman serta memberikan semangat kepada ahli-ahli pengakap untuk terus membentuk keyakinan diri terutamanya melalui aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah.

    Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan sehari tersebut.
    Ahli-ahli pengakap belajar mengenai teknik membuat ikatan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...