Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Filipina catat 319 kematian akibat denggi tahun ini

    MANILA, 2 OGOS – Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina hari ini menyatakan bahawa ia telah mencatatkan 319 kematian akibat demam denggi pada tahun ini ketika kes-kes terus meningkat semasa musim hujan.

    Setiausaha Rendah Kesihatan Maria Rosario Vergeire memberitahu sidang media bahawa DOH telah merekodkan 82,597 kes setakat 16 Julai, 106 peratus lebih tinggi berbanding kes-kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

    Data DOH menunjukkan rantau Luzon Tengah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan lebih 13,000 kes, diikuti oleh rantau Visayas Tengah dengan hampir 9,000 dan Metro Manila dengan hampir 7,000. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...