Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan derma darah di Pusat Promosi Kesihatan ditamatkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan pendermaan darah di Pusat Promosi Kesihatan akan ditamatkan bermula 3 Januari.

    Orang ramai yang ingin menderma darah boleh berkunjung ke Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) atau tabung-tabung darah di Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Belait dan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM), Temburong.

    Waktu-waktu operasi bagi perkhidmatan pendermaan darah bagi Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 1:30 petang hingga 4 petang, Tabung Darah, Hospital SSB, Belait adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 1:45 petang hingga 3:30 petang serta Tabung Darah, Hospital PIHM, Temburong adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya lagi, ingin memaklumkan kepada penganjur-penganjur kempen derma darah bahawa Pusat Pendermaan Darah telah mula membukakan tempahan bagi mengadakan kempen derma darah bagi sesi Januari 2022.

    Kempen derma darah akan diadakan pada 6 Januari dari pukul 10 pagi hingga 2 petang di Kompleks Annajat dan pada 8 Januari dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, Gadong.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 6001/6002 atau WhatsApp, 7375745 atau e-mel, bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...