Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan kaunter TAP ditutup 15, 16 Julai ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Perkhidmatan kaunter di Ibu Pejabat Tabung Amanah Pekerja (TAP) di Bangunan PGGMB Bandar Seri Begawan akan ditutup pada 15 dan 16 Julai sempena hari kelepasan awam bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    TAP dalam kenyataannya hari ini, turut memaklumkan perkhidmatan dalam talian e-Amanah, e-Amanah Pitstop, Kiosk e-Info TAP akan terus beroperasi seperti biasa pada hari tersebut.

    Sehubungan dengan itu, TAP menasihatkan para majikan untuk melengkapkan proses pembayaran caruman TAP dan SCP pekerja bagi bulan Jun 2022 selewat-lewatnya pada 15 Julai bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang denda lewat pembayaran.

    Manakala itu, perkhidmatan kaunter di semua cawangan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 18 Julai.

    Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi pusat panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...