Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Perlu telus dengan pemilik

    Baru-baru ini saya kehilangan haiwan peliharaan saya berikutan menghidap batu karang.

    Apa yang saya cuba nyatakan di sini, pihak doktor haiwan seolah-olah tidak telus dalam menjalankan tugas mereka.

    Jika mereka sudah tahu haiwan peliharaan saya menghidap penyakit teruk kenapa mereka tidak memaklumkan kepada saya dan masih meneruskan rawatan? Adakah mereka hanya ingin mengaut keuntungan.

    Saya tahu ajal maut makhluk di dunia ini adalah ketentuan Allah SWT, namun jika mereka hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata daripada pelanggan sebaiknya cuba betulkan niat mereka dan lebih bersikap telus.

    Mungkin kami akan berasa berat hati jika mendapat tahu jangka hayat haiwan peliharaan kami tidak lama tapi kami mengharapkan mereka berterus terang dengan kami.

    Pemilik haiwan

    Penulis yang baru-baru kehilangan haiwan kesayangannya menyatakan pihak vet perlu bersikap telus dengan pelanggannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...