Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Persekitaran negara ideal untuk pelaburan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Diberkati dengan landskap politik yang stabil dan aman serta bebas daripada bencana alam, Negara Brunei Darussalam menyediakan persekitaran yang ideal untuk bekerja dan hidup dengan sistem pendidikan yang baik, kemudahan perubatan kelas tinggi, kadar jenayah yang rendah dan infrastruktur yang baik.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Arrifin (gambar) pada Forum Pelaburan Dialog Kerjasama Kesultanan Oman-Brunei Darussalam, yang dirasmikannya hari ini.

    Beliau seterusnya mengongsikan bahawa pelbagai inisiatif dan prinsip panduan termasuk Pelan Tindakan Ekonomi negara, yang dilancarkan tahun lepas, akan menjadi pendorong kepada ekonomi yang semakin berkembang, disokong oleh tadbir urus yang kukuh, perniagaan yang berdaya tahan yang mampu memanfaatkan peluang ekonomi yang dicipta oleh revolusi perindustrian keempat.

    Menurutnya, ia akan membolehkan peningkatan inovasi, produktiviti dan daya saing yang akan membantu mengemudi Negara Brunei Darussalam ke arah merea-lisasikan wawasan 2035.

    Brunei mempunyai rejim cukai korporat yang menggalakkan pada kadar yang agak rendah iaitu 18.5 peratus, membolehkan sehingga 100 peratus pemilikan asing dan mampu memberikan perhatian sepenuhnya kepada syarikat FDI melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).

    Di samping itu, Brunei menyediakan akses pasaran kepada lebih daripada 2 bilion orang dengan penglibatannya dalam pelbagai Perjanjian Perdagangan Bebas termasuk melalui FTA ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan juga negara jiran Indonesia, Malaysia dan Filipina.

    “Faktor-faktor ini menjadikan Brunei Darussalam sebagai rumah pelaburan yang berdaya maju dan rakan dagangan dalam BIMP-EAGA, ekonomi yang berkembang pesat di rantau ini.”

    Manakala sektor hiliran negara telah berkembang agak kukuh dengan Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) dan Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd (BFI) yang boleh meletakkan Brunei sebagai hab kimia, sekali gus menjana peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, dengan eksport tinggi.

    Beliau seterusnya menekankan bahawa Brunei mengalu-alukan minat pelaburan dalam semua sektor, terutamanya dalam hiliran, makanan, pelancongan, perkhidmatan dan banyak lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...