Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Persiapkan belia jadi pemimpin masa depan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam, hari ini, menjemput ahli-ahli Majlis Belia Brunei (MBB) ke suruhanjaya berkenaan untuk memberikan gambaran tentang latar belakang dan tanggungjawab seorang diplomat.

    Delegasi belia yang diketuai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Presiden MBB, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari telah dialu-alukan oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar. Semasa lawatan berkenaan, ahli-ahli MBB diberikan gambaran keseluruhan tentang fungsi keseluruhan misi diplomatik dengan tujuan bagi menggalakkan mereka memikul tanggungjawab untuk hari esok yang lebih baik.

    TYT Ajaneesh Kumar secara ringkas menerangkan pelbagai prinsip diplomasi dan memberikan pandangan tentang aspek penting kerja yang biasanya dikendalikan oleh misi diplomatik dalam kerja seharian iaitu politik, ekonomi dan perdagangan, pelancongan, hubungan budaya dan hubungan rakyat, biasiswa dan program pembinaan kapasiti, hal konsular dan banyak lagi.

    Ahli-ahli MBB mengucapkan terima kasih kepada Pesuruhjaya Tinggi India atas perbincangan yang bernas dan mengucapkan tahniah kepada beliau atas kejayaan memegang jawatan di Negara Brunei Darussalam. Sebagai sebahagian daripada perayaan Azadi Ka Amrit Mahotsav India ke-75, inisiatif berkenaan telah diambil oleh suruhanjaya tinggi untuk menyediakan para belia Brunei bagi memikul tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pemimpin masa depan.

    Yang Berhormat Dayang Khairunnisa dan ahli MBB mendengar penerangan yang disampaikan oleh TYT Ajaneesh Kumar. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...