Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Pertandingan gambar alam sekitar serlah bakat fotografi

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 NOV – Di antara ratusan gambar yang diserahkan, 13 gambar yang mengagumkan mengenai alam sekitar Brunei telah memukau hati para hakim dan dipilih sebagai sebahagian daripada pertandingan foto kalendar Sekolah Panaga edisi 2023.

    Ini adalah hasil daripada proses penyerahan dan penilaian selama sebulan yang dibuat oleh hakim daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, yang mana pengumuman mengenai gambar yang terpilih itu diadakan sebagai sebahagian daripada majlis penyampai-an hadiah di Kampus Rampayoh sekolah itu, kelmarin.

    Hadir mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan penjaga ialah pengetua, Cindy Tahal yang diiringi oleh Yang Dipertua PIBG sekolah, Marie Tupper.

    Bercakap kepada Marie, beliau menjelaskan terdapat 108 keping gambar dihantar daripada 26 keluarga yang tinggal di kawasan Panaga yang merakamkan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan di kawasan Daerah Belait melalui fotografi.

    “Tajuk dan tema untuk kaendar tahun ini ialah Warna Alam Semula Jadi, dan kami memilih 13 gambar sahaja kerana banyak yang menghantar gambar menarik dan merakamkan inti pati alam semula jadi yang terdapat di kawasan sekitar,” tambahnya.

    Beliau juga menambah bahawa edisi 2023 mewakili edisi keenam kalendar yang dicetak sebagai sebahagian daripada acara tahunan untuk sekolah dan tahun ini menandakan kembalinya kalendar disebabkan pandemik global telah menghentikan kerja-kerja menyelesaikan kalendar itu.

    Selain mengumumkan pemenang 13 gambar yang diserahkan daripada tujuh keluarga, gambar-gambar yang terpilih itu turut dipamerkan di galeri foto untuk dinikmati warga sekolah berkenaan.

    Bendahari PIBG sekolah, Kamilia Rasa Celik turut berkongsi bagaimana galeri foto itu merupakan yang pertama buat sekolah kerana ia memberi peluang kepada warga sekolah untuk melihat gambar tersebut dicetak ke dalam kalendar.

    Orang ramai yang datang menyaksikan gambar yang dipamerkan semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...