Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pertumbuhan global bakal susut 2 peratus

    WASHINGTON, 4 DIS – Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, memberi amaran bahawa peluang pertumbuhan global berkemungkinan besar berkurangan melebihi dua peratus.

    Beliau berkata ekonomi terbesar dunia ketika ini bergelut dengan kesan daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang menyebabkan harga makanan dan tenaga melonjak, selain inflasi yang meningkat serta kelembapan ekonomi China.

    “Wujud kebarangkalian 25 peratus daripada pertumbuhan akan semakin perlahan, jatuh di bawah dua peratus.

    “Apabila kita melihat petunjuk terkini, kita bimbang kebarangkalian ini mungkin meningkat sedikit,” katanya pada persidangan Reuters NEXT, merujuk kepada ramalan dana baru-baru ini untuk 2023.

    IMF menjangkakan lebih satu pertiga daripada ekonomi global akan menyusut tahun ini atau pada tahun akan datang, dengan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan China terbantut.

    Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai kelembapan serentak di AS, Eropah dan pertumbuhan perlahan yang ketara di China.

    “Ini amat membimbangkan kerana dunia banyak bergantung kepada China untuk rangsangan ekonomi, dengan ‘kira-kira 35 hingga 40 peratus pertumbuhan global’ dipacu oleh pengembangan ekonomi kedua terbesar dunia itu.” – AFP

    Kristalina Georgieva (kiri), Canselor Jerman Olaf Scholz (tengah) dan Pengarah Pertubuhan Pekerja Antarabangsa Gilbert Houngbo mengadakan sidang media selepas bertemu dengan ketua pertubuhan kewangan dan ekonomi antarabangsa di Berlin pada 29 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...