Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Pesawat kecil terhempas di Long Island

LINDENHURST, NEW YORK, 6 MAC – Sebuah pesawat kecil, yang cuba pulang ke lapangan terbang di pinggir bandar Long Island selepas juruterbang melaporkan terdapat asap dalam kokpit, terhempas kelmarin dan membunuh seorang dan mencederakan dua penumpangnya, kata pegawai.

Pesawat Piper PA 28 terhempas sejurus sebelum jam 3 petang semasa cuba untuk kembali membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Republic di Farmingdale, kira-kira 32km timur New York City, kata pihak berkuasa.

Polis Daerah Suffolk berkata, pesawat satu enjin itu berlepas dari lapangan terbang yang sama pada pukul 2:18 petang dan juruterbang mengeluarkan isyarat kecemasan tidak lama kemudian setelah terdapat asap di kokpit.

Kenyataan itu berkata, pesawat itu telah berpatah balik ke lapangan terbang untuk melakukan pendaratan cemas tetapi terhempas pada 2:58 petang berhampiran persimpangan di Lindenhurst Utara tidak jauh dari landasan rel Long Island.

Seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi dibawa dengan helikopter ke hospital berhampiran dalam keadaan kritikal, menurut kenyataan pesuruhjaya jabatan polis, Rodney K. Harrison. Pesawat itu terhempas ke kawasan pokok dan semak berhampiran landasan, kata Penyelia Bandar, Babylon Rich Schaffer. – AP

Pesawat tersebut terhempas semasa mencuba untuk membuat pendaratan kecemasan di Lindenhurst, New York. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -