Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pesta kerjaya perlu telus

    Baru-baru ini saya terbaca satu siaran akhbar mengenai pesta kerjaya akan diadakan dalam bulan November ini.

    Menerusi siaran akhbar berkenaan menjelaskan lebih 2,500 peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada pencari kerja tempatan.

    Bagaimanapun, adakah peluang pekerjaan ini benar-benar ‘wujud’ atau hanya mengaburi mata para pencari kerja semata-mata untuk mengetahui statistik jumlah pengangguran di negara ini?

    Saban kali diadakan pesta kerjaya ini, saya tidak pernah terlepas menghadirinya, namun merasakan kekosongan yang ditawarkan hanya janji manis daripada pihak relevan dan seolah-olah tiada gunanya bagi kami yang masih terkapai mencari pekerjaan.

    Apa yang kami peroleh daripada permohonan kami hanya jawapan yang sering didengar, seperti ‘tunggu panggilan daripada kami’, namun sampai bila kami perlu menunggu dan lebih membuatkan kami hampa tiada sebarang jawapan adakah kami berjaya atau tidak.

    Penulis menyatakan pesta kerjaya yang diadakan saban kali seolah-olah hanya janji manis sahaja.

    Sekurang-kurangnya, berilah jawapan melalui pesanan ringkas atau e-mel menyatakan kami tidak terpilih untuk jawatan berkenaan. Ada juga pihak relevan memberikan jawapan, bagaimanapun jawapan yang diberikan ada kalanya kurang menyenangkan, seperti tiada pengalaman bekerja.

    Justeru, bagaimana mahu mendapat pengalaman jika setiap permohonan kami ditolak dan tidak diberikan sebarang peluang.

    Memang ada yang akan berkata semua bergantung kepada rezeki dan perlu bersabar serta dinasihatkan untuk menceburi bidang perniagaan.

    Bagaimanapun, berkata memang mudah tetapi hakikatnya kami yang menanggung kesukaran berkenaan.

    Diharap pesta kerjaya kali ini bukanlah hanya janji manis semata-mata.

    Pencari kerja

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...