Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Piala FA: United terus mara

    LONDON, 29 JAN – Casemiro menjaringkan dua gol ketika Manchester United menewaskan Reading, yang beraksi 10 pemain, 3-1 dan mara ke pusingan kelima Piala FA kelmarin.

    United yang berada ditempat keempat dalam Liga Perdana dan semakin hampir beraksi di final Piala Liga memberikan lebih banyak bukti yang meyakinkan bahawa mereka kembali ke landasan betul di bawah pengurus baharu, Erik ten Hag.

    United yang dipimpin Erik ten Hag mendahului pada minit ke-54 apabila Anthony menghasilkan hantaran membolosi pertahanan Reading, sampai kepada rakan sepasukannya dari Brazil, Casemiro, yang kemudian menghantar bola ke gawang pihak lawan.

    Empat minit kemudian United mendahului dua gol, apabila Casemiro mencetak satu lagi gol dengan percubaan yang menakjubkan dari luar kotak penalti.

    Ketika itu Reading bermain dengan 10 orang selepas Andy Carroll dibuang padang setelah mendapat kad merah tetapi pasukan Paul Ince masih berjaya menjaringkan gol saguhati.

    Dengan pasukan tuan rumah dipenuhi dengan keyakinan, pemain gantian Fred menghasilkan gol kemenangan untuk United Kapten Manchester United, Harry Maguire menyifatkan bekas bintang Real Madrid, Casemiro sebagai ‘pemain luar biasa’.

    “Awda tidak akan menandingi apa yang dimenanginya tanpa menjadi pemain terbaik,” katanya. “Dia telah meningkatkan pasukan, semangat dan prestasi.” – AFP

    Aksi Casemiro dari Manchester United (kiri) berebut bola dengan pemain Reading, Lucas Joao semasa perlawanan bola sepak pusingan ke-4 Piala FA Inggeris di Old Trafford di Manchester, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...