Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pil oral antivirus dijangka tiba hujung bulan ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Kerajaan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan telah pun membuat pembelian bagi pil oral antivirus Pfizer yang dijangka tiba di tanah air sekitar penghujung bulan ini atau awal Mac nanti.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar bagi mengulas persoalan mengenai pembelian pil oral sejajar dengan langkah yang dilaksanakan oleh Singapura setelah berjaya mendatangkan penghantaran pertama pil oral tersebut ke negara itu, sebagai salah satu usaha untuk merawat pesakit COVID-19, semasa sidang media, petang tadi.

    Selain itu, Yang Berhormat Dato turut mengongsikan bahawa pembelian pil oral antivirus berkenaan bukan hanya dari keluaran Syarikat Pfizer bahkan juga satu lagi pil dibeli dari Syarikat Merck.

    Pil oral antivirus Pfizer dijangka tiba di negara ini sekitar penghujung bulan ini atau awal Mac.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...