Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    PJSC rai Hari Kanser Sedunia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Hari Kanser Sedunia diraikan setiap 4 Februari di seluruh dunia dan sebagai ahli Union of International Cancer Control (UICC), Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) terus menekan pentingnya kesedaran dan tindakan untuk menentang kanser.

    Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memperingati Hari Kanser Sedunia 2023 termasuk Hujung Minggu Hari Kanser Sedunia, iaitu perkumpulan dengan pihak-pihak berkepentingan utama, bekas pesakit kanser, ahli keluarga dan orang ramai di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Untuk menunjukkan sokongan ke arah usaha menentang kanser, mercu tanda utama Brunei iaitu Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien dan Bangunan PJSC telah diterangi oleh warna biru dan jingga.

    Dengan menerangi mercu tanda utama itu, Brunei menyertai negara-negara lain di seluruh dunia ke arah membuat kenyataan yang berani serta menunjukkan komitmen kepada pengesanan awal dan pencegahan kanser bagi warganya.

    UICC telah melancarkan tema tiga tahun bermula 2022 hingga 2024 iaitu ‘Merapatkan Jurang Penjagaan Kesihatan’, di mana tahun pertama kempen tiga tahun berkenaan memberikan penekanan kepada memahami dan mengenali ketidaksaksamaan dalam penjagaan kanser di seluruh negara dengan memahami perspektif pesakit kanser serta membolehkan pengalaman itu untuk memimpin tindakan.

    Pada 2023, usaha digerakkan ke arah menguatkan lagi suara dan mengambil tindakan yang diperlukan. Masih terdapat lebih banyak inisiatif dan tindakan yang boleh diambil serta bersatu di bawah satu suara.

    Bangunan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) dinyalakan dengan lampu biru dan kuning sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2023 bermula kelmarin sekali gus menekankan kepentingan kesedaran dan tindakan menentang kanser. Sambutan Hari Kanser akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti di negara ini. – Gambar oleh Muiz Matdani

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...