Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    PKS Brunei terima pengiktirafan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Ahli majlis Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Brunei telah menghadiri Anugerah Perniagaan ASEAN (ABA), Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) dan Leaders Interface baru-baru ini di Phnom Penh, Kemboja di mana delegasi daripada sektor swasta di 10 negara ASEAN dan rakan kongsi ASEAN telah menyertainya secara peribadi.

    Dewan Perniagaan Kemboja dengan kerjasama ASEAN BAC dan pihak lain yang berkaitan telah menganjurkan ABA ASEAN dan ABIS dengan penyertaan hampir 1,000 perwakilan yang menghadiri secara luar dan dalam talian.

    Tema bagi tahun Pengerusian ASEAN Kemboja ialah Menerima Cabaran Bersama. Asia Tenggara sememangnya melalui masa yang mencabar. Ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, ditambah pula dengan kesan perang di Ukraine, pada masa di mana ekonomi Asia Tenggara masih bergelut untuk bangkit dan pulih daripada wabak memerlukan tindak balas ASEAN yang bersatu.

    Pada 9 November lalu, ABA iaitu anugerah perniagaan utama rantau ini, telah dihoskan semasa ABIS tahunan oleh ASEAN-BAC sejak tahun 2007.

    Dengan 14 tahun pelaksanaannya, acara ABA telah membawa peluang kepada perniagaan untuk mengesahkan kedudukan dan prestij mereka dalam kalangan rakan industri, memajukan daya saing dan integrasi mereka, dan meningkatkan jenama di seluruh rantau
    ASEAN dan di peringkat global.

    Pada majlis anugerah berprestij tahun ini, PKS Brunei, Aisha Automation Sdn Bhd telah diberi penghormatan untuk Anugerah Kecemerlangan PKS atas kejayaan komersial yang cemerlang dan pertumbuhan mampan mereka.

    Sementara itu, Dynamik Technologies turut diiktiraf di ABA 2022 untuk prestasi cemerlang memanfaatkan teknologi alternatif baharu yang lebih selamat dan berdaya tahan untuk meningkatkan rangkuman kewangan, kesalingoperasian, kecekapan dan keselamatan, menggalakkan penggunaan mata wang tempatan serta silang transaksi sempadan, memenangi Anugerah Istimewa Kemboja.

    Ahli ASEAN-BAC Brunei, Dayang Haslina binti Taib yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Transformasi Digital membentangkan mengenai Transformasi Digital, sebagai laluan keutamaan untuk transformasi digital di ASEAN.

    Awang Musa Adnin, Dayang Haslina Taib, dan Awang Sabirin Othman bergambar semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...