Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    PM Australia umum pilihan raya 21 Mei

    CANBERRA, AUSTRALIA, 10 APRIL – Perdana Menteri Australia telah mengumumkan pilihan raya pada 21 Mei yang akan menangani isu-isu mengenai perubahan iklim, pandemik COVID dan tekanan ekonomi China.

    Perdana Menteri Scott Morrison hari ini menasihatkan Gabenor Jeneral David Hurley sebagai perwakilan bagi ketua kerajaan Australia, Ratu Elizabeth II, untuk menetapkan tarikh pilihan raya.

    Kerajaan campuran konservatif Morrison mencari penggal tiga tahun yang keempat.

    “Pilihan raya ini adalah tentang kamu. Hanya kamu. Ia tentang negara kita dan masa depannya.

    “Saya tahu rakyat Australia melalui tempoh yang sukar. Saya juga sedar Australia akan terus berdepan cabaran sukar untuk beberapa tahun akan datang,” katanya pada sidang media. – AP/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...