Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PM baharu New Zealand angkat sumpah

    WELLINGTON, 25 JAN – Chris Hipkins mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu New Zealand hari ini selepas Jacinda Ardern secara rasmi meletak jawatan.

    Majlis angkat sumpah yang berlangsung di bangunan parlimen itu menyaksikan Hipkins secara rasmi menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan itu manakala Carmel Sepuloni menjadi timbalan perdana menteri, lapor Xinhua.

    Perdana Menteri Hipkins akan merombak kabinet minggu depan. Selain menjadi kepimpinan tertinggi, Hipkins sendiri akan memegang jawatan menteri keselamatan dan perisikan negara.

    Menangani inflasi akan menjadi keutamaan, katanya ketika badan statistik New Zealand mengumumkan pertumbuhan indeks harga pengguna kekal pada 7.2 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Disember 2022.

    Kelmarin, dengan kehadiran penggantinya Hipkins, Ardern membuat ucapan perpisahan de facto sebagai perdana menteri New Zealand.

    Pada hari terakhir di pejabat, pemimpin Buruh itu berkata pemergiannya tidak boleh dilihat sebagai  sesuatu yang negatif terhadap New Zealand. Ardern berkata beliau akan kekal sebagai  Ahli Parlimen Mt Albert namun tidak akan bergiat aktif dalam politik.

    Hipkins pula berkata beliau dan Ardern bersama-sama mengenang kembali pengalaman beberapa tahun kebelakangan ini dan menambah “ia adalah saat yang pahit”.

    Pilihan raya umum New Zealand 2023 akan diadakan pada 14 Oktober. – Bernama

    Chris Hipkins (tengah), mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri New Zealand baharu di Rumah Kerajaan di Wellington – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...