Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PM M’sia bubar parlimen bagi pilihan raya

    KUALA LUMPUR, 10 OKT – Parlimen dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran itu di Bangunan Perdana Putra pada 3 petang hari ini, satu pengumuman yang dinanti-nantikan banyak pihak selepas desas-desus mengenainya bertiup kencang sejak akhir September.

    Ismail Sabri memaklumkan beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tengah hari semalam bagi menyembah warkah mengenai permohonan pembubaran Parlimen ke-14.

    Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas sempena Pembubaran Parlimen ke-14 yang disiarkan secara langsung melalui saluran stesen televisyen tempatan dan menerusi Facebook Live Perdana Menteri. – Berita lanjut pada edisi Selasa

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Bangunan Perdana Putra bagi menyampaikan perutusan khas pada 3 petang ini. – Bernama

    Ikuti Edisi Selasa untuk berita selanjutnya

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...