Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Polis bingung tahan kereta tanpa pemandu

    SAN FRANCISCO, 13 APRIL – Polis di San Francisco berdepan dengan masalah yang tidak pernah dialami sebelum ini baru-baru ini apabila seorang pegawai menahan sebuah kereta yang dipandu tanpa memasang lampu, hanya menyedari tiada sesiapa berada di dalamnya.

    Kereta itu, yang sebenarnya adalah kereta tanpa pemandu, dan kejadian itu telah dirakam oleh pejalan kaki, yang memuat naik video ke media sosial. Klip, yang menunjukkan pegawai polis dalam keadaan bingung mengelilingi kereta itu dan memeriksa tingkap kereta selama beberapa minit, telah dikongsikan secara meluas bahawa Cruise, syarikat yang memiliki kenderaan tersebut, memberi reaksi di Twitter untuk menjelaskan apa yang berlaku.

    Ia berkata kereta tanpa pemandu ‘berhenti di tepi jalan di lokasi selamat berdekatan untuk diperiksa. Pegawai telah menghubungi kakitangan Cruise dan tiada kenyataan dikeluarkan.”

    Dalam video tersebut, polis memeriksa kereta yang ditahan, terdengar seseorang berkata, “Tiada sesiapa di dalamnya, ia sangat luar biasa!”.

    Jurucakap polis berkata bahawa selepas polis menahan kereta itu, sebuah pasukan penyelenggaraan mengawalnya.” Cruise menjelaskan lampu kereta ditutup disebabkan oleh kesilapan manusia.

    Ditubuhkan pada 2013, Cruise membangunkan perisian yang membolehkan kereta memandu dengan sendirinya dan automatik sepenuhnya.- AFP

    Polis San Francisco bingung selepas menahan sebuah kereta yang dipandu tidak memasang lampu dan menyedari bahawa kereta itu adalah kereta tanpa pemandu.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...