Monday, May 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Polis India tahan lelaki kencing pada penumpang

    NEW DELHI, 8 JAN – Polis India telah menahan seorang penumpang pesawat penerbangan berikutan aduan seorang wanita di dalam penerbangan Air India dari New York, bahawa lelaki tersebut membuang air kecil ke atasnya dalam kabin kelas pertama.

    Shankar Mishra telah ditahan oleh polis bandar selatan Bengaluru dan dibawa ke ibu negara India pada Sabtu, kata jurucakap Polis New Delhi, Suman Nalva pada hari ini.

    Nalva enggan menyatakan apa yang telah diberitahu oleh Mishra kepada penyiasat selepas penahanannya. Akhbar The Times of India, memetik bahawa Mishra sedang mabuk dan tidak percaya apa yang telah dilakukannya.

    Mahkamah New Delhi memenjarakannya selama 14 hari sementara kes disiasat polis dengan tuduhan mencabuli kehormatan seorang wanita dalam penerbangan New York-New Delhi. Jika sabit kesalahan dia bakal berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun.

    Sugata Bhattachariee, seorang lagi penumpang dalam penerbangan tersebut, memberitahu wartawan dia melihat Mishra mengambil minuman keras secara berlebihan dan Mishra bertutur dengan tidak jelas sambil bertanya tentang keluarganya beberapa kali.

    Pada hari Sabtu itu juga, Air India mengeluarkan notis bertulis dan menghukum seorang juruterbang dan empat orang kru kabin disebabkan insiden itu telah mencetuskan kemarahan di media sosial dan para aktivis menyatakan bahawa larangan terhadap Mishra dari menaiki penerbangan selama 30 hari adalah tidak mencukupi.

    Air India memfailkan aduan polis minggu ini, walaupun insiden itu berlaku pada 26 November lalu. Ia berkata krunya tidak melaporkan hal tersebut kepada polis apabila sudah mendarat di New Delhi kerana percaya bahawa kedua-duanya telah menyelesaikan isu itu sendiri di antara mereka.

    Laporan media India berkata, Air India bertindak selepas didesak oleh keluarga wanita yang sudah berumur itu, untuk menghukum Mishra. – AP

    Anggota polis mengiringi Shankar Mishra, di luar mahkamah di New Delhi pada 7 Januari susulan aduan seorang wanita di dalam penerbangan Air India dari New York yang dia membuang air kecil dalam kelas perniagaan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...