Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Polis Pakistan cuba tangkap Imran Khan

LAHORE, 5 MAC – Beberapa anggota polis hari ini cuba untuk memberkas bekas Perdana Menteri, Imran Khan, yang berdepan beberapa kes undang-undang gara-gara menekan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.

Pegawai polis dari Islamabad, tiba di kediaman Imran dekat timur bandar Lahore yang dikelilingi ratusan penyokong namun pihak berkuasa gagal menahan bekas Perdana Menteri itu.

“Sepasukan polis Islamabad tiba di Lahore untuk memberkas Imran Khan untuk mematuhi perintah mahkamah.

“Imran Khan enggan menyerah diri. Superintenden polis telah masuk ke dalam kamar tetapi Imran Khan tidak ada di sana,” kata polis Islamabad dalam Twitter.

Waran tangkap dikeluarkan selepas Khan gagal hadir di mahkamah atas satu kes rasuah pada 28 Februari.

Para penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berada di luar rumahnya pada 5 Mac. – AFP

Khan dituduh gagal mengisytiharkan hadiah yang diterimanya ketika menjadi Perdana Menteri atau keuntungan setelah menjual barangan itu.

Setiap pegawai kerajaan mesti mengisytiharkan semua hadiah tetapi dibenarkan untuk menyimpan barang di bawah nilai tertentu.

Imran kemudian bercakap kepada pekerja parti dekat rumahnya di Zaman Park, Lahore, di mana polis kekal berada di luar.

“Saya dipanggil kerana kes palsu dan negara harus tahu mengenainya.

“Ia akan menjadi petanda buruk kepada negara jika negara tidak menentang pemerintah yang korup,” katanya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -