Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Polis tahan penganggur bersama 2kg syabu di Tawau

    TAWAU, 6 OKT – Seorang penganggur ditahan bersama 2.01 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM120,000 di simpang Taman Megah Jaya 10 di sini, pada Isnin lepas.

    Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika sedang memandu kereta dan pemeriksaan yang dijalankan menemukan dua bungkus plastik berisi serbuk disyaki dadah yang disembunyikan di bawah tempat duduknya.

    “Ketika kejadian kereta suspek cuba ditahan untuk pemeriksaan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tiku di sini pada 7:30 malam, namun dia memecut keretanya sebelum polis bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya ditahan kira-kira lima minit kemudian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

    Katanya lelaki tersebut yang tidak memiliki rekod jenayah serta negatif ujian air kencing, direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

    “Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan polis masih mengenal pasti sumbernya,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...