Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Porsche lanjut kontrak bersama Lutz Meschke

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Dalam mengharapkan kesinambungan dalam kewangan, Lembaga Penyeliaan Dr. Ing. h.c. F. Porsche AG telah melantik semula Lutz Meschke sebagai timbalan pengerusi lembaga eksekutif dan ahli Lembaga Eksekutif
    Kewangan dan IT bagi tempoh lima tahun lagi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Porsche, Meschke telah menjadi ahli Lembaga Eksekutif Porsche sejak 2009 dan menjadi timbalan pengerusinya sejak 2015, Pengerusi Lembaga Penyeliaan Porsche, Dr Wolfgang Porsche telah mengiktiraf khidmat Meschke dalam hal daya maju masa depan syarikat berkenaan.

    “Lutz Meschke adalah pemacu ke arah pendigitalan dan aktiviti-aktiviti M&A dengan penuh keyakinan. Pada masa yang sama, beliau juga memantapkan Porsche dengan
    berorientasikan masa depan dalam bidang kewangan.

    “Dari itu, beliau membuat sumbangan penting kepada Porsche dalam menjadi antara pengeluar automobil paling untung di dunia,” ujarnya.

    Lutz Meschke meneruskan khidmatnya di Porsche buat lima tahun lagi. – Gambar serahan Porsche
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...