Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ‘Portugal terlalu sukar untuk ditandingi’

    DOHA, 7 DIS – Jurulatih Switzerland, Murat Yakin berkata pasukannya telah ditewaskan oleh pasukan yang lebih baik selepas kalah teruk 6-1 di tangan Portugal, kelmarin.

    “Pihak lawan kami pada hari ini lebih baik, lebih laju, lebih agresif dan rancangan kami tak berhasil, jadi kami perlu menerima semua hakikat itu,” Yakin berkata dalam sidang media.

    “Kami mempunyai rancangan yang bagus, kami mahu mencipta sejarah, kami telah mempamerkan aksi bola sepak yang hebat dalam peringkat kumpulan dan sekarang kami berdepan pihak lawan, yang lebih baik, namun kami masih lagi berasa bangga dengan pencapaian kami di sini.

    “Kita dapat lihat di sini bahawa terdapat pasukan yang kuat dapat meneruskan kemaraan, ada yang dapat berehat dan kembali cergas. Kami kekurangan pemain yang bersemangat,” katanya. – AFP

    Ketua Jurulatih Switzerland, Murat Yakin melihat perlawanan menentang Portugal di Stadium Lusail, Qatar, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...