Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Presiden Ukraine, pemimpin Eropah bincang perang dengan Rusia

    ANKARA, 17 JUN – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy kelmarin telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jerman, Itali, Perancis dan Romania di ibu negara, Kyiv kelmarin dan membincangkan mengenai perang dengan Rusia.

    “Hari yang sibuk. Mesyuarat penting,” lapor agensi Anadolu memetik perkongsian Zelensky dalam akaun Telegramnya.

    “Gembira bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Canselor Jerman, Olaf Scholz, Perdana Menteri, Itali Mario Draghi dan Presiden Romania, Klaus Iohannis di Kyiv!

    “Kami menghargai solidariti awda dengan negara dan rakyat kami,” tambahnya.

    Dalam pada itu, Zelenskyy di Facebook juga menegaskan bahawa “kekuatan utama dan senjata paling berkesan” mereka ialah perpaduan.

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy (tengah), ketika perbincangan bersama pemimpin-pemimpin Eropah kelmarin. – AFP

    “Rakyat Ukraine hari ini berada di barisan hadapan memerangi serangan Rusia. Tetapi mereka tidak bersendirian. Dan ini dibuktikan dengan lawatan Emmanuel Macron, Olaf Scholz, Mario Draghi dan Klaus Iohannis ke Kyiv hari ini.”

    Dalam pertemuan tersebut, para pemimpin berbincang untuk pelanjutan dan pengukuhan pertahanan Ukraine, sokongan ekonomi bagi Ukraine dan pembinaan semula selepas perang serta respons terhadap krisis makanan dan tindakan sekatan selanjutnya ke atas Rusia, tambah Zelenskyy.

    Semasa sesi perbincangan, Zelenskyy juga menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk menyegerakan penyertaan Ukraine ke kesatuan itu.

    Zelenskyy turut berterima kasih kepada Macron, Scholz, Draghi dan Iohannis atas pertemuan itu, sambil menyatakan bahawa mereka sedang bersedia untuk “keputusan penting baharu bagi mengukuhkan Ukraine dan keselamatan di Eropah.”

    Selepas selesai perbincangan tersebut, para pemimpin mengadakan sidang media bersama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...