Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Program Bilik Darjah Global KIGS kembali diadakan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Selepas beberapa tahun dihentikan kerana pandemik, Program Bilik Darjah Global Kolej Pengajian Siswazah Antara-bangsa (KIGS) telah disambung semula apabila 29 pelajarnya berlepas ke Kuala Lumpur hari ini.

    Rombongan KIGS diketuai Pensyarah Fakulti Perniagaan, Hajah Norhafidah binti Jafardin yang akan menyertai program yang berlangsung di Kampus Antarabangsa Universiti, Cyberjaya, Kuala Lumpur selama dua minggu se-hingga 19 Mac ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif KIGS, Dr Haji Azaharaini bin Haji Mohd Jamil menyatakan program tersebut merupakan yang pertama sejak COVID tercetus pada 2019.

    Ia merupakan projek intensif berkaitan industri dan lawatan tapak bagi projek ad-hoc akhir yang perlu disiapkan pada penghujung modul Bilik Darjah Global yang menyumbang kepada enam jam kredit daripada sejumlah 120 jam kredit untuk melengkapkan program ijazah.

    “Kampus LUCT (LimKokWing University Of Creative Technology) Kuala Lumpur menawarkan lokasi yang strategik untuk pengalaman Bilik Darjah Global kerana ia diiktiraf untuk syarikat multinasional, reka bentuk dan kehidupan, kepelbagaian budaya dan pendidikannya,” tambah Dr Haji Azaharaini.

    Pensyarah Penyelaras, Hajah Norafidah berkata program itu adalah sebahagian daripada program tahun akhir mereka di mana pelajar diwajibkan menyertai tahun akhir sebelum menamatkan pengajian.

    “Pelajar akan dibawa untuk lawatan kebudayaan atau industri atau sesuatu yang mereka boleh buat menjadi projek atau sesuatu daripada apa yang mereka kumpul daripada penyelidikan mereka.

    “Mereka sangat teruja dan menantikan apa yang mereka akan alami dan saya harap mereka boleh membawa idea bernas daripada apa sahaja yang mereka pelajari di luar Brunei dan memberi nilai kepada Brunei,” kata Hajah Norhafidah semasa ditemu bual.

    Program bermatlamat membolehkan pelajar mempraktikkan pengetahuan mereka berdasarkan kuliah, bengkel industri dan lawatan mereka dalam menyediakan projek kumpulan pelbagai disiplin mereka dan pelajar kemudiannya perlu menggunakan pengetahuan itu pada projek yang diberikan.

    Penuntut KIGS yang mengikuti Program Bilik Darjah Global bergambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...